Pages

Love & Light - Dayang Nurfaizah!

May 22, 2011

Guys!!Album baru Dayang Nurfaizah telah berada di pasaran!!Cepat dapatkan!Kalau tak keluar lagi sabar!Mesti ada album Dayang di pasaran.Dibawah ini ada sedikit cerita untuk dikongsi bersama peminat-peminat Dayang yang lain.Dan juga ada cover album untuk album Dayang yang terbaru.Cantik tak?Mesti lah!


Semua lagu yang telah dipilih untuk album ini berbicara tentang cinta dan memancarkan unsur-unsur positif serta memberi inspirasi kepada semua pendengar. Di sini, Dayang mempunyai keinginan untuk menyuntik harapan serta naluri cinta murni daripada kebiasaan mendendangkan lagu tentang hati yang patah. Kesemua lirik lagu yang dipaparkan dalam album ini bertujuan untuk menghentikan keganasan serta kedaifan terhadap satu sama lain dalam apa jua bentuk dan mengetengahkan perasaan cinta di dalam hati serta jiwa pendengar-pendengar. Cinta sesama manusia, cinta untuk alam semulajadi, cinta untuk mereka yang ditindas masyarakat – cinta untuk SEMUA.

Inspirasi dari keinginan untuk menyebarkan perasaan cinta murni ini dekat di hati Dayang oleh kerana beliau dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan mesej ini sebagai Duta Pemuliharaan dan Pengekalan Alam Semulajadi di bawah Yayasan Pulau Banding serta Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah – dan juga sebagai Penyokong Selebriti Riben Merah untuk Yayasan AIDS Malaysia.

Kumpulan sokongan berbakat yang terdiri daripada produser, penggubah lagu, komposer, penulis lirik, pemuzik, vocal latar dan jurutera audio yang bekerja untuk album ini juga berkongsi rasa cinta terhadap seni muzik semasa penghasilan album ini. Oleh itu, album ini merupakan suatu album yang berkualiti dan merupakan pengeluaran yang luar biasa, yang tidak ada tandingannya di dalam industri muzik tempatan. Nama-nama tersohor seperti Jenny Chin, Yasin, Afdlin Shauki, Omar K, Zain Almohdzar, Nuur Iman, Zuriani Zonneveld, Stella Reid, Chuckii Booker, Audi Mok, Shah Shamshiri dan Ad Samad semuanya telah berganding bahu untuk melahirkan album ini, yang merupakan album terbaik Dayang di dalam kariernya selama 12 tahun.

Lagu-lagu di dalam album Sayang & Cahaya ini termasuk - MULANYA DI SINI (susunan terbaru dengan melodi yang asli), SAYANG (duet bersama penyanyi terbaik Indonesia, Marcell), RAHSIA CINTA, SABARLAH, KAU BINTANGKU, STAY (dalam Bahasa Inggeris), SEMPURNA SELAMANYA (suatu lagu cinta yang sempurna), HINGGA KE AKHIRNYA (selingan bersama pemuzik dari Beijing), SAAT ITU, LIFE WITH YOU (balada Inggeris tempatan yang pertama yang juga sesuai untuk lagu perkahwinan), PERLUKAN CINTA (memaparkan penyanyi Indonesian, Tompi) dan KU TEMU CAHAYA (lagu tema bagi Yayasan AIDS Malaysia, juga sebuah lagu tentang kekuatan dan harapan).

“Tanpa diragukan, Dayang adalah penyanyi yang paling berbakat di Negara ini dan Malaysia harus berbangga dengannya. Saya jatuh hati dengan suaranya ketika pertama kali saya mendengarnya dan berkata pada diri saya sendiri bahawa suatu hari nanti, saya akan pasti merakam lagu dengan gadis ini. Dayang memiliki suara yang unik dan bernyanyi dari hati sanubarinya.” ~Marcell

Untuk maklumat lebih lanjut hantarkan e-mel ke management@dayangnurfaizah.com

1 comment:

Dr Zatiel Ismail said...

hi sis DN. u sgt bertuah dpt jadi duta untuk alam sekitar mcm ni. i pon nak jadi duta jugak but day dreaming je lah. i jadi donor tetap for WWF, and buat anything yg simple and semampunya like, kurangkan guna AC, plastic bag, petrol, buang sampah sepatutnya. i rasa if ramai yg amalkan, bumi kita selamat. kita kena BUAT. itu yg penting. keep it up!

Your Thoughts...

Dayang's Followers